Notis Perlindungan Data Peribadi

  1. Notis Data Peribadi ini (“Notis”) menerangkan bagaimana FFM Berhad, anak syarikat dan/atau syarikat syarikat-syarikat berhubungan atau berkaitan dengannya (secara kolektif dirujuk sebagai “Syarikat”, “kami” atau “kita”) memproses data peribadi anda berhubung dengan urus niaga komersial selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan undang-undang lain yang terpakai di Malaysia. Istilah “data peribadi”, “pemprosesan” dan “urus niaga komersial” yang digunakan dalam Notis ini mempunyai maksud seperti yang ditetapkan dalam APDP.


  2. Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan dan pemprosesan data peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Notis ini. Kami juga boleh memproses data peribadi anda jika dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.


  3. Kami boleh meminda Notis ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak kami, dan pindaan tersebut akan berkuat kuasa serta-merta selepas diterbitkan di laman web kami (https://www.ffmb.com.my) dan/atau disediakan kepada anda melalui cara lain yang munasabah, seperti di pejabat kami atau melalui komunikasi secara langsung. Anda bersetuju untuk menyemak Notis ini dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang pindaan, dan anda menerima serta bersetuju untuk terikat dengan Notis yang telah dipinda.


  4. Jika anda berumur di bawah 18 tahun, anda mesti memastikan bahawa ibu bapa atau penjaga sah anda memberikan persetujuan terhadap pemprosesan data peribadi anda oleh kami seperti yang diterangkan dalam Notis ini.


  5. Adakah anda tertakluk kepada Notis Ini?

    1. Notis ini terpakai kepada anda jika:

      • anda merupakan pelanggan, pembekal, penyedia perkhidmatan, bakal pelanggan, bakal pembekal atau bakal penyedia perkhidmatan;
      • anda telah memohon kemudahan kredit daripada kami berdasarkan perjanjian komersial dengan kami;
      • anda menggunakan dan/atau membuat pertanyaan mengenai syarikat, produk dan/atau perkhidmatan kami;
      • anda menyertai acara promosi, tinjauan, promosi, pertandingan, kempen, peraduan atau program kesetiaan yang dianjurkan oleh kami atau bagi pihak kami;
      • anda melawat atau mengakses premis/kemudahan yang dimiliki, dikendalikan atau diuruskan oleh kami atau bagi pihak kami (“Premis Kami”);
      • anda menggunakan laman web atau aplikasi mudah alih yang dimiliki dan/atau diuruskan oleh kami atau bagi pihak kami;
      • anda berinteraksi secara langsung dengan kami sama ada secara fizikal atau melalui komunikasi elektronik seperti e-mel, pesanan teks dan mesej elektronik lain; atau
        (individu-individu yang termasuk dalam perkara (a) hingga (f) di atas dirujuk secara kolektif sebagai “Pengguna” dan setiap seorang sebagai “Pengguna”)
      • anda memohon pekerjaan dengan kami (“Pemohon Kerja”) atau merupakan ahli keluarga kepada Pemohon Kerja yang data peribadinya diproses semasa proses permohonan pekerjaan dengan kami.

  6. Penerangan Mengenai Data Peribadi

    1. “Data peribadi” ditakrifkan dalam APDP dan merujuk kepada apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda, yang mana anda boleh dikenal pasti daripadanya.

      Berkenaan dengan Pengguna, data peribadi yang dikumpulkan dan/atau diberikan secara sukarela oleh anda semasa urusan anda dengan kami dalam apa-apa cara termasuk berkaitan dengan apa-apa urus niaga komersial dan/atau komunikasi yang dibuat daripada/dengan kami seperti melalui acara-acara yang dianjurkan atau disertai oleh Syarikat, dalam borang-borang, perjanjian-perjanjian, laman web kami dan/atau dokumen-dokumen serupa yang termasuk:

      • butiran peribadi anda (seperti nama, umur, tarikh lahir, jantina, salinan Kad Pengenalan Nasional Malaysia (“MyKad”), nombor MyKad, salinan pasport, nombor pasport);
      • butiran perhubungan (seperti alamat rumah, alamat e-mel dan nombor telefon);
      • butiran pekerjaan;
      • gambar dan imej serta rakaman CCTV; dan
      • apa-apa maklumat peribadi lain yang anda berikan tanpa mengira sama ada maklumat tersebut diberikan atas permintaan Syarikat.
    2. Berkenaan dengan Pemohon Kerja, sebagai tambahan kepada maklumat dalam perenggan 6.1(a) hingga (e) di atas, data peribadi lain yang dikumpulkan adalah:

      • Butiran peribadi lain seperti kewarganegaraan, jantina, agama dan bangsa anda;
      • Maklumat keluarga seperti status perkahwinan, butiran ahli keluarga dan waris terdekat anda;
      • Maklumat berkaitan pekerjaan seperti sejarah pekerjaan, jawatan atau kedudukan, lokasi pekerjaan, penerangan peranan, tarikh mula bekerja, dan rujukan pekerjaan;
      • Data peribadi sensitif termasuk kepercayaan agama, butiran kesihatan fizikal atau mental, pandangan politik dan rekod sabitan jenayah; dan
      • Apa-apa maklumat peribadi lain yang anda berikan tanpa mengira sama ada maklumat tersebut diberikan atas permintaan Syarikat termasuk maklumat yang terkandung dalam resume atau kurikulum vitae anda.

  7. Sumber Data Peribadi

    1. Data peribadi anda dikumpulkan daripada anda sebagai Pengguna apabila anda:

      • berkomunikasi dengan kami (contohnya apabila anda mengemukakan borang permintaan yang mengandungi data peribadi anda atau apabila anda menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan);
      • memasuki perjanjian-perjanjian atau dokumen-dokumen lain termasuk bagi tujuan mendapatkan kemudahan kredit;
      • menggunakan dan/atau membuat pertanyaan mengenai produk dan/atau perkhidmatan kami;
      • menyertai acara promosi, tinjauan, promosi, pertandingan, kempen, peraduan atau program kesetiaan;
      • memberi maklum balas terhadap bahan pemasaran yang kami edarkan;
      • melawat Premis Kami (termasuk rakaman melalui CCTV);
      • melayari laman web kami;
      • berinteraksi dengan kami melalui e-mel dan platform-platform media sosial kami;
      • membuat aduan kepada kami; dan
      • memberikan maklum balas kepada kami.
    2. Data peribadi anda dikumpulkan daripada anda sebagai Pemohon Kerja apabila anda:

      • menggunakan atau berinteraksi dengan kami di laman web kami;
      • mengemukakan maklumat kepada kami sama ada secara langsung atau tidak langsung (seperti apabila anda menghantar maklumat melalui agensi pengambilan pekerja) atau apabila anda menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat; dan
      • memohon pekerjaan.
    3. Selain daripada data peribadi yang kami peroleh daripada anda seperti yang dinyatakan di atas, kami juga mungkin memperoleh data peribadi anda daripada pihak ketiga yang mempunyai urusan dengan kami atau yang berkaitan dengan anda (contohnya, agensi rujukan/laporan kredit, jabatan atau agensi kerajaan, daftar awam), dan daripada sumber lain yang mana anda telah memberi kebenaran untuk pendedahan data peribadi berkaitan anda, dan/atau yang dibenarkan menurut undang-undang.


  8. Tujuan-Tujuan Pemprosesan Data Peribadi Anda

    1. Kami akan memproses data peribadi anda, termasuk sebarang maklumat tambahan yang anda mungkin berikan kemudian, bagi tujuan-tujuan berikut (selepas ini dirujuk sebagai “Tujuan-Tujuan”), yang termasuk:

      • berkomunikasi dan berinteraksi dengan anda termasuk menyampaikan notis dan/atau maklumat yang anda perlukan;
      • menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda, atau penerimaan produk dan/atau perkhidmatan daripada anda, termasuk:
        1. i. menyediakan dan melaksanakan semua dokumen dan perjanjian yang diperlukan dengan anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada perjanjian-perjanjian jual beli, perjanjian-perjanjian perkhidmatan, surat-surat pelantikan) dan melaksanakan kewajipan-kewajipan di bawah perjanjian tersebut;
        2. ii.menyediakan kemudahan kredit atau menjalankan semakan had kredit dan/atau tempoh kredit;
        3. iii.menjalankan semakan latar belakang anda dengan agensi rujukan/laporan kredit yang berkaitan; dan
        4. iv.mengurus dan mentadbir perniagaan kami seperti untuk tujuan-tujuan pentadbiran jualan atau pengurusan kredit;
      • memasarkan, mempromosikan dan mengurus hubungan pelanggan/kontraktor;
      • memberikan akses ke Premis Kami;
      • mematuhi keperluan undang-undang atau peraturan, termasuk:
        1. i.pematuhan peraturan, termasuk pematuhan terhadap peraturan industri seperti perlindungan data, perlindungan pengguna dan anti-pengubahan wang haram;
        2. ii.kerjasama dengan pihak berkuasa, termasuk membantu agensi-agensi penguatkuasaan dalam siasatan sebagaimana dikehendaki oleh undang-undang; dan
        3. iii.penyelesaian pertikaian, termasuk menyelesaikan pertikaian dengan pelanggan dan rakan kongsi kami;
      • tujuan-tujuan yang berkaitan dengan urus niaga komersial yang dimeterai dengan Syarikat bagi penyediaan sebarang produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat;
      • berurusan dengan syarikat insurans bagi sebarang tuntutan insurans;
      • menyiasat, memberi maklum balas kepada dan/atau mempertahankan tuntutan terhadap atau melibatkan Syarikat;
      • bagi tujuan keselamatan dan audit;
      • berkenaan dengan Pemohon Kerja, khususnya:
        1. i.menilai kesesuaian anda bagi jawatan yang dipohon di Syarikat kami, serta untuk tujuan-tujuan penyimpanan rekod am oleh Jabatan Sumber Manusia;
        2. ii.menjalankan semakan latar belakang ke atas pemohon kerja, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengesahan pendidikan, semakan rekod pekerjaan terdahulu, semakan rujukan, sejarah kebankrapan, pengesahan kredit dan/atau saringan latar belakang jenayah; dan
        3. iii.tujuan lain yang berkaitan atau berkait dengan pekerjaan di Syarikat, sama ada anda diambil bekerja atau tidak; dan
      • Sebarang tujuan lain yang berkaitan atau bersampingan dengan mana-mana tujuan di atas.

  9. Pendedahan Data Peribadi kepada Pihak Ketiga

    1. Data peribadi anda sebagai Pengguna mungkin didedahkan kepada pihak-pihak ketiga (di dalam atau di luar Malaysia), jika perlu, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada:

      • mana-mana entity-entiti dalam Syarikat;
      • peguam-peguam atau juruaudit-juruaudit Syarikat;
      • mana-mana individu atau pihak yang bertindak sebagai ejen, kontraktor, penyedia perkhidmatan, perunding dan/atau penasihat profesional Syarikat;
      • badan pengawalseliaan, agensi kerajaan, polis, badan penguatkuasa undang-undang dan mahkamah, di dalam dan di luar Malaysia;
      • agensi laporan kredit dan agensi pemeriksaan latar belakang;
      • pihak ketiga lain bagi mana-mana Tujuan-Tujuan yang dinyatakan;
      • mana-mana individu atau badan yang diwajibkan oleh undang-undang untuk Syarikat dedahkan; dan/atau
      • penyedia kemudahan penyimpanan dan pengurusan rekod bagi tujuan penyimpanan dan sandaran (sama ada untuk pemulihan bencana atau sebaliknya) data peribadi anda, sama ada di dalam dan/atau di luar Malaysia.

  10. Pemindahan data peribadi anda ke lokasi di luar Malaysia

    Syarikat mungkin, jika perlu, memindahkan data peribadi anda ke lokasi di luar Malaysia jika kategori pihak dalam perenggan 9 di atas terletak atau mempunyai kemudahan pemprosesan di luar Malaysia. Data peribadi anda boleh dipindahkan ke mana-mana lokasi di luar Malaysia bagi mana-mana Tujuan yang dinyatakan. Anda bersetuju dan memberi kebenaran kepada kami untuk memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia dalam keadaan ini. Kami juga mungkin memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia jika dibenarkan oleh undang-undang.


  11. Hak anda untuk mengakses, membetulkan dan menghantar data peribadi anda

    Anda berhak untuk memohon akses kepada data peribadi dalam simpanan kami, atau untuk membetulkan data peribadi tersebut.

    Anda juga boleh meminta agar data peribadi anda dihantar kepada entiti lain tertakluk kepada keupayaan teknikal, kebolehlaksanaan dan keserasian dengan entiti penerima.

    Permintaan tersebut boleh dibuat dengan menghubungi kami secara bertulis menggunakan maklumat yang dinyatakan di bawah.

    Syarikat boleh menolak permintaan anda untuk mengakses, membetulkan atau memindahkan data peribadi anda, tetapi akan memaklumkan anda mengenai sebab-sebab penolakan tersebut.


  12. Hak anda untuk membuat pilihan berkenaan data peribadi anda

    Anda boleh memilih untuk mengehadkan penggunaan atau tahap penggunaan data peribadi anda dan data peribadi berkaitan individu-individu lain yang boleh dikenal pasti daripada data peribadi tersebut.

    Anda juga boleh menarik balik kebenaran untuk memproses data peribadi anda. Walau bagaimanapun, penarikan balik kebenaran anda mungkin menjejaskan keupayaan kami untuk membekalkan produk dan/atau perkhidmatan tertentu kepada anda, atau menghalang kami daripada berkomunikasi atau terus berkomunikasi dengan anda, atau menjejaskan penilaian permohonan pekerjaan anda.

    Anda boleh melaksanakan hak anda seperti yang dinyatakan di atas dengan menghubungi kami menggunakan maklumat yang diberikan di bawah, dan mengemukakan permintaan secara bertulis bagi tujuan keselamatan dan pengesahan.

    Walau apa pun yang dinyatakan di atas, kami berhak untuk bergantung kepada mana-mana hak kontrak, pengecualian dan kelonggaran berkanun untuk mengumpul, menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda.


  13. Data peribadi kanak-kanak

    Untuk membolehkan anak anda menyertai lawatan tapak, promosi, pertandingan atau aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan, atau sekiranya anda memberikan data peribadi anak anda berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami atau permohonan pekerjaan anda, kami mungkin perlu mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan memproses data peribadi anak anda seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.

    Kami juga mungkin mengumpul maklumat seperti yang dinyatakan dalam Notis ini termasuk butiran hubungan anda seperti nama, nombor pengenalan, nombor telefon bimbit atau alamat e-mel, bagi tujuan mengesahkan status anda sebagai ibu bapa atau penjaga sah dan untuk mendapatkan kebenaran anda sebagai ibu bapa atau penjaga sah.


  14. Tanggungjawab anda

    Anda bertanggungjawab untuk memberikan data peribadi yang tepat, lengkap dan terkini, termasuk data peribadi pihak ketiga yang anda berikan. Tanggungjawab ini adalah syarat untuk kami terus berkomunikasi dengan anda, atau bagi tujuan penilaian permohonan pekerjaan anda.

    Adalah wajib untuk memberikan data peribadi anda bagi membolehkan kami memprosesnya untuk Tujuan-Tujuan yang dinyatakan. Sekiranya anda menolak untuk memberikan data peribadi tersebut, ia mungkin, antara lain, menghalang kami daripada berkomunikasi atau terus berkomunikasi dengan anda, menyediakan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan kredit kepada anda atau menjejaskan penilaian permohonan pekerjaan anda.

    Jika anda memberikan data peribadi bagi pihak individu lain (contohnya ahli-ahli keluarga), anda mengesahkan dan menyatakan bahawa anda telah memaklumkan mereka mengenai Notis ini dan telah mendapat kebenaran mereka atau mempunyai kuasa sah untuk mendedahkan data peribadi mereka kepada kami untuk diproses mengikut terma-terma Notis ini.


  15. Keselamatan Data Peribadi

    Syarikat, apabila difikirkan perlu dan bersesuaian, akan mengambil langkah-langkah praktikal dalam pemprosesan data peribadi anda untuk melindungi daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses tanpa kebenaran atau secara tidak sengaja, pendedahan, pengubahsuaian atau pemusnahan, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

    • melaksanakan amalan-amalan dan polisi-polisi keselamatan yang sesuai seperti encryption data peribadi;
    • menyemak dan mengemas kini amalan-amalan dan polisi-polisi keselamatan kami secara berkala; dan/atau
    • memeterai kontrak-kontrak yang bersesuaian dengan pihak ketiga untuk memastikan langkah-langkah keselamatan dilaksanakan.

  16. Penyimpanan Data Peribadi

    Syarikat akan menyimpan data peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan bagi melaksanakan tujuan data peribadi anda dikumpulkan dan juga untuk tujuan-tujuan lain yang dinyatakan dalam Notis ini. Syarikat akan mengambil semua langkah munasabah untuk memastikan data peribadi anda dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal apabila ia tidak lagi diperlukan bagi tujuan pemprosesan tersebut.


  17. Cookies

    Cookies adalah pek-pek maklumat yang disimpan di dalam komputer atau peranti anda yang membantu layaran laman web dengan menyesuaikan maklumat laman web mengikut keperluan anda. Cookies tidak akan mengumpul data peribadi yang boleh digunakan untuk mengenal pasti pengguna tertentu. Anda boleh mengkonfigurasi pelayar web anda untuk memberitahu anda tentang cookies dan untuk menghalang pemasangan cookies dalam komputer anda.


  18. Hubungi Kami

    Anda boleh mengemukakan aduan-, permintaan akses data, permintaan pembetulan data, permintaan pemindahan data, permintaan untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, permintaan untuk menarik balik persetujuan pemprosesan data peribadi anda, dan sebarang pertanyaan berkaitan data peribadi dengan menghubungi:

    Pegawai Perlindungan Data

    Nama:Andrea Ng
    Nombor Telefon:03 6145 7888
    Alamat Emel:[email protected]
    Alamat Pos: FFM Berhad
    PT 45125, Batu 15 ½, Sungai Pelong
    47000 Sungai Buloh
    Selangor

    Selaras dengan terma-terma Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP), Syarikat mungkin mengenakan bayaran yang munasabah untuk memproses sebarang permintaan akses data dan pemindahan data. Bayaran tersebut mengambil kira masa yang diperlukan untuk mengesahkan, mencari, mendapatkan, menyemak dan menyalin maklumat yang diminta serta sebarang kos dan perbelanjaan lain yang berkaitan dengan pengambilan semula maklumat tersebut. Anda akan dimaklumkan terlebihdahulu mengenai bayaran tersebut sebelum data peribadi anda diambil semula.


  19. Ketidaksesuaian atau Konflik

    Sekiranya terdapat ketidaksesuaian atau konflik antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.


  20. Hak-hak Lain

    Untuk mengelakkan sebarang keraguan, tiada apa-apa pun dalam Notis ini yang akan mengehadkan hak anda atau hak Syarikat di bawah APDP.